Monday, December 29, 2008

Agama Dipelihara Ilmu, Bukan Kemaksuman Tokoh (Dr.MAZA)

0 comments

Pada 25 dan 26 Disember lepas adalah hari cuti di UK. 25hb Disember adalah hari Krismas sementara 26hb juga hari cuti yang mana kebanyakan pasaraya-pasaraya membuat jualan murah yang dianggap luar biasa.

Seperti mana manusia sedunia tahu, apabila Krismas menjelang, wajah Santa Claus yang berbaju merah dan berambut putih panjang muncul di mana-mana. Filem dan berbagai rancangan media akan mempromosikan Santa Claus dan kehadirannya pada hari Krismas.

Walaupun sebahagian rancangan TV di sini mempersendakan Santa Claus. Bahkan mereka juga sering mempersendakan Jesus yang mereka anggap sebagai anak Tuhan dengan berbagai lawak jenaka yang amat tidak wajar untuk dikenakan kepada tokoh biasa, apatah lagi yang insan yang mereka anggap tuhan. Namun, bagitulah jadinya nilai agama pada mereka.

Santa Claus sebenarnya satu watak yang tidak pernah wujud dalam nas-nas agama Kristian samada yang telah diubah, apatahlagi yang asal. Bible sama sekali tidak pernah menyebut tentang kemunculan ‘watak Santa Claus’. Ia hakikatnya adalah benar-benar khurafat dan bidah yang telah palitkan kepada agama mereka sehingga ia akhirnya muncul menjadi perlambangan agama yang diterima umum dan sukar untuk dikikis lagi.

Ia lebih teruk dari kepercayaan sesetengah masyarakat kita yang menyalakan lampu pada malam tujuh likur atau kepercayaan bahawa pada Bulan Muharram digalakkan membuat bubur bagi mencontohi Nabi Nuh a.s. Cerita Santa Claus lebih menonjol daripada faktor sebenar orang-orang Kristian menyambut Krismas.

Maka tidak hairanlah kita mengapakah Nabi s.a.w sering mengingatkan agar jangan mengada-adakan perkara yang baru atau bidah yang dipalitkan menjadi agama. Tempelan baru yang dibuat atas nama agama jika dibiarkan akan menjadi kepercayaan yang akan mengambil tempat agama yang sebenar. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya sebaik-baik bicara adalah Kitab Allah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, seberuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan setiap bidah itu sesat”(Riwayat Muslim).

Al-Imam al-Syatibi (meninggal 911H) ketika mentakrifkan maksud bid’ah menyebut:

“Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada s.w.t”. (al-Syatibi, al-I’tisam, m.s 27, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Ertinya manusia boleh berinovasi dalam berbagai perkara, tetapi cara cuba mengadakan kepercayaan atau upacara agama yang tidak bersumberkan wahyu sehingga itu dianggap agama. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:

“Sesungguhnya ruang melakukan rekaan dan membuat perkara baru bukannya dalam agama. Agama hanya berdasar apa yang diturunkan Allah. Wajib kekal terpelihara lagi bersih dari mainan golongan yang sia-sia, penyelewengan golongan melampau, dakwaan golongan sesat dan tafsiran golongan yang jahil. Adapun ruang untuk melakukan rekaan sebenar adalah dalam urusan dunia. Ia sangat luas dan banyak. Memerlukan keupayaan seni dan rekaan. Namun apabila kaum muslimin mundur, keadaan mereka buruk, urusan mereka rosak, pecah masyarakat mereka maka perkara tetap bagi mereka menjadi terbalik dan keadaan menjadi sebaliknya. Dalam urusan dunia mereka terhenti menjadi begitu jumud seperti batu atau lebih jumud dari itu. Mereka tidak memulakan rekaan, mengadakan dan menyingkap perkara baru. Slogan mereka: Golongan awal tidak meninggalkan untuk yang kemudian sedikit pun. Adapun dalam agama mereka mengadakan rekaan, membuat bid’ah dalam berbagam bentuk ibadah yang tidak diizinkan Allah”(al-Qaradawi, Al-‘Ibadah fi al-Islam, m.s 170, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Istimewanya Islam dibandingkan ajaran lain, dalam Islam kita masih mempunyai sumber rujukan tertinggi iaitu al-Quran dan al-Sunnah untuk mengukur sejauh manakah pendapat golongan agamawan ataupun tokoh itu kukuh ataupun lemah. Kita disuruh menghormati tokoh ilmuan, apatah lagi ilmuan Islam atau yang kita bahasakan sebagai ulamak.

Namun penghormatan kita kepada mereka tidaklah sama sekali bererti kita tidak boleh memberikan pandangan yang berbeza atas asas-asas ilmu atau penghujahan yang berteraskan fakta dan angka. Umpamanya, ketokohan al-Imam al-Ghazali dihormati, namun kritikan tetap diberikan oleh para ulama terhadapnya. Kritikan bukanlah menunjukkan jasanya dilupakan. Antaranya, al-Hafiz al-Zahabi (meninggal 748H) yang menyebut:

“Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan”.

Lalu al-Imam al-Zahabi memberikan kritikan ilmiah terhadap Kitab Ihya ‘Ulum karangan al-Imam al-Ghazali, katanya:

“Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadis yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ia apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan”. (Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala 19/339, Beirut : Muassasah al-Risalah, Beirut)

Begitu juga ilmuan tafsir yang terkenal al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) memberikan kritikan ilmiah terhadap karangan al-Imam al-Ghazali dalam Al-Bidayah wa Al-Nihayah:

“Ketika berada di Damsyik dan Baitul Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ia sebuah kitab yang ganjil. Ia mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan hati. Namun padanya banyak hadis yang gharib, munkar, dan palsu”. (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Demikian ramai ilmuan lain dalam sejarah islam ini menerima berbagai kritikan dan perkara itu bukanlah ganjil. Saya sebutkan contoh ini bagi menggambarkan bahawa tidak pernah kemaksuman itu diberikan dalam Islam kepada sesiapa pun selain Allah dan rasulNya. Inilah jalan untuk menjamin agar ilmu sentiasa mengatasi tokoh atau institusi. Dengan itu agama yang tulen akan terpelihara.

Namun, dalam mengkritik dijaga adab dan bersikap adil. Bukanlah seperti sesetengah laman web kelompok agama atau politik agama yang mengharamkan orang lain mengkritik pimpinan mereka dan menjadikan maki-hamun itu halal bagi mereka dalam menghadapi golongan yang mereka tidak setujui.

Sebenarnya, hanya kelompok yang jahil hakikat Islam sahaja yang menyatakan pandangan ulamak dalam semua perkara tidak boleh dikritik. Ya, jika pandangan itu jelas berteraskan al-Quran dan al-Sunnah, kita wajib akur kepada kedua sumber agung tersebut. Namun, jika padangan itu masih dalam isu yang samar atau pandangan itu tidak berasaskan fakta yang kukuh, maka tidak menjadi kesalahan untuk kita berbeza dengan ulamak sekalipun namanya dianggap besar.

Saya agak bimbang sesetengah pihak menganggap negara Islam itu adalah negara yang pimpinannya mestilah berserban dan jubah, serta mengkritik pimpinan negara Islam atau gerakan Islam itu bererti mengkritik Tuhan. Lalu nilai kemaksuman akhirnya diberikan kepada institusi pemerintahan atau politik agamawan, sehingga jika pandangan mereka lemah dan salah sekalipun tidak lagi dipertikaikan.

Nanti jadilah negara Islam yang hendak dibina itu negara ‘kuku besi’ dan jumud. Kecenderungan seperti ini ada dalam pemikiran mereka yang taksub berlebihan. Kita dapat lihat dalam slogan mereka mengenai kebebasan bersuara untuk mereka, dalam masa yang sama mereka mengharamkan pandangan yang berbeza dengan kepimpinan mereka. Sesiapa yang berbeza dengan pemimpin mereka sering dihukum dengan hukuman agama; sesat, jahil, kufur dan seumpamanya.

Inilah yang berlaku dalam bukan sedikit gerakan Islam dan kuasa politik agama di dunia.

Para khulafa rasyidin, Abu Bakr, ‘Umar, Uthman dan ‘Ali jauh lebih mulia dari semua individu atau institusi agama. Pun tidak pernah mereka menghalang pandangan yang berbeza dengan mereka, atau teguran buat mereka sekiaranya masih dalam disiplin kenegaraan yang sihat. Dukacita saya dimaklumkan ada pihak berkuasa agama di negara kita dalam pertemuan dengan pimpinan negara meminta agar pandangan yang berbeza dengan mereka diharamkan dari media dengan kuasa politik. Mungkinkah mereka ingin telah mencapai darjat yang lebih tinggi daripada para sahabat Nabi s.a.w?

Sunday, July 15, 2007

Tips to Quit Smoking

1 comments
Below are some tips on how to quit smoking;

1. First, you must make the commitment to quit.
2. Set a quit date, preferably as soon as possible.
3. Equip oneself with the skills to cope with withdrawals (e.g., using the expansion of the DEAD strategy: delay, escape, avoid and distract).
4. Stay away from things that trigger smoking (ie alcohol, coffee or other activities)
5. Eat healthy – drink lots of water, eat more fruits and vegetables and reduce fat intake to prevent weight gain
6. Engage in a hobby or activity to keep your mind occupied
7. Get assistance from health professionals
  • Quitline National Poison Centre, Penang 04-657 2924
  • Quit smoking clinics 03-2694 0701 (Federal Territory) For complete list, go to www.infosihat.gov.my
  • MyHealth portal Health Ministry 03-8883 1450/1446/1437 Email: contact.myhealth@gmail.com Website: www.myhealth.gov.my
  • Pharmacists certified to provide smoking cessation advice

8. Health professionals are particularly useful when medications ( e.g., nicotine replacement therapy/NRT, bupropion) are indicated to be used in addition to behavioral approach alone because using both behavior and meds have been shown to increase (double) the rate of successful quitting.

  • But note that most meds are not meant for long-term use, so the coping skills learnt would be essential to remain tobacco-free for life.

9. Get support from friends and family
10. Lastly, make Du’a to Allah SWT to help and give strength to you to be able to quit smoking (to my fellow Muslims, please don’t forget this!!!)

TRY THESE TIPS TO QUIT SMOKING + MAKE DU'A (PRAY) + TAWAKKAL = InsyaAllah it’ll work!!!


Hope this helps and try it before it’s too late…

Wallahua'lam.

(This article was edited from the tips given by my teacher, Associate Professor Dr M. Haniki Nik Mohamed, the chief coordinator of CSCSP)

THE VALUE OF PHARMACIST

0 comments
(http://www.mps.org.my)

Some of the studies that conclude that pharmacists patient care services can significantly reduce overall health care costs.

· Health problems resulting from improperly taken prescription medications cost more than $177 billion each year – more than the cost of the drugs themselves. {Ernst FR, Grizzle, AJ. Drug-Related Morbidity and Mortality: Updating the Cost-of-Illness Model: Journal of the American Pharmaceutical Association. 2001. Mar-Apr; 41 (2): 192-199.}
· Pharmacists' services in an intensive care unit decreased adverse events by 66%, saving $270,000. {Leape LL. Cullen DJ, Dempsey Clapp M, et al. Pharmacist participation on physician rounds and adverse drug events in intensive care unit. JAMA 1999 July21; 282(3): 267-70.}
· Pharmacists' services at a Veterans Administration outpatient clinic reduced the number of medications taken by an average of 2.4 prescriptions per person. {Galt KA. Cost avoidance acceptance, and outcomes associated with pharmacotherapy consult clinic in a Veterans Affairs medical center. Pharmacotherapy 1998 Sept.-Oct.; 18(5): 1103-11}
· Pharmacists in long-term care facilities save an estimated $3.7 billion by improving patient care services. {The Fleetwood Project, American Society of Consultant Pharmacists}
· Services provided in community pharmacies saved approximately $3.47 per prescription. {Dobie RL, Rascati KL. Documenting the value of pharmacists’ interventions. American Pharmacy. 1994; May; NS34(5): 50-4}

The studies may be conducted some time ago and it goes to show that the values of pharmacists have long been established.

Thursday, July 5, 2007

Jadilah Profesional Muslim

0 comments
"Jadilah Profesional Muslim" atau "Be a Muslim Profesional" adalah saranan yang seringkali kita dengar mutakhir ini. saya memilih tajuk ini sebagai tajuk blog ini kerana ini adalah satu2nya tajuk yang saya rasa sesuai dan yang saya dapat fikirkan sekarang.

Walaubagaimanapun ini merupakan satu saranan dan tuntutan yang serius dan tidak boleh sekali2 dipandang ringan oleh setiap insan yang bergelar "MUSLIM" memandangkan umat islam kini sedang berada dlm suasana kepincangan yang sangat parah.

Dunia hari ini telah menyaksikan umat islam sedang dianiaya, difitnah, ditindas, dihina, dibunuh dan sebagainya dimerata2 tempat diseluruh dunia. dan apakah sumbangan kita dalam membantu meringankan kesengsaraan atau menyelesaikan masalah saudara seIslam kita?

Salah satu cara yang dapat kita lakukan adalah dengan kita menguasai kepakaran2 yang ada dalam dunia yang serba moden hari ini, dan menggunakan setiap kepakaran yang kita ada untuk membantu saudara2 seaqidah dgn kita di seluruh dunia.

Oleh yang demikian, saya menasihati diri saya dan anda semua agar kita dapat menjadi muslim yang berguna, yang mempunyai ilmu atau kepakaran dan yang dapat memberikan sesuatu kepada ummah sebanyak yang termampu walaupun sedikit kerana ia mungkin sumbangan yang zahirnya kecil di sisi manusia tapi mungkin besar di sisi Allah yang Maha Bijaksana jika diiringi dgn keikhlasan. hari ini mungkin hari mereka dan mereka memerlukan bantuan kita. tidak mustahil esok atau lusa adalah hari kita (na'uzubillah, but who knows??)...

Semoga bermanfaat... Wallahua'lam (Allah knows best)


 

MuSLiM PhaRMaCiST Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template